Moomoo Malaysia Tutorial & Review 2025
Ini panduan penuh oleh daus untuk bantu rakyat Malaysia mula melabur saham dengan yakin. Fokus: mudah faham, data tepat, dan mesra pemula sampai pro.
Kali terakhir dikemas kini: 10 Ogos 2025. Sumber rasmi: Help Center Moomoo MY.
- Berlesen SC Malaysia (eCMSL/A0397/2024)
- Akaun sejagat: MY, US, SG, HK, CN A-shares
- Data masa nyata, screener, heatmap, AI ringkasan
- FPX deposit segera, withdrawal 1–3 hari bekerja
- Cash Plus & SmartSave: park duit idle, jana pulangan
- Promosi pendaftaran: sehingga RM1,800 (ikut syarat)
Apa itu Moomoo Malaysia?
Moomoo Malaysia ialah broker saham digital berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dengan satu universal account, anda boleh akses pasaran Malaysia dan global, terus dalam satu app yang moden dan laju. Dana pelanggan dipegang secara berasingan (segregated) dan sokongan pelanggan 24/5.
Lesen & Regulator
Capital Markets Services Licence: eCMSL/A0397/2024 (SC Malaysia)
Jenis Produk
Saham, ETF, REITs, waran; opsyen AS; dana (Cash Plus); IPO tertentu
Apa yang anda boleh beli di Moomoo?
Malaysia (Bursa)
- Saham
- ETF
- REITs
- Waran
US (NYSE/Nasdaq)
- Saham
- ETF
- Fractional shares
- Opsyen (tertakluk kelayakan)
SG / HK / CN A-shares
- Saham
- ETF
- REITs/Waran (ikut bursa)
Cara Beli & Jual Saham
- Buka akaun (online KYC). Kelulusan kebiasaan 1–3 hari bekerja.
- Deposit MYR (FPX Express) ke akaun Moomoo anda.
- Cari kaunter, tekan “Buy”, pilih Market atau Limit order.
- Sahkan order. Saham akan masuk ke Portfolio bila filled.
- Untuk jual, pergi ke Portfolio → kaunter → “Sell”.
- Ingat tempoh settlement (contoh T+2); tunggu jadi “Cash Withdrawable”.
Tip: Untuk US, fractional share memudahkan DCA jumlah kecil. Di luar waktu pasaran, likuiditi lebih rendah.
Jenis Order Popular
- Market – beli/jual serta-merta pada harga semasa
- Limit – tetapkan harga spesifik
- Stop / Stop-Limit – kawal risiko (auto trigger)
- Trailing Stop – lindungi keuntungan
Struktur Yuran (Malaysia)
| Komponen | Kadar | Catatan |
|---|---|---|
| Komisen | 0.03% setiap transaksi | Dikenakan oleh Moomoo MY |
| Platform Fee | RM3 setiap order | Caj teknologi/penyelenggaraan platform |
| Clearing Fee | 0.03% (cap RM1,000 tiap amalgamation) | Dikenakan oleh Bursa Malaysia |
| Duti Setem (Saham) | RM1 setiap RM1,000 (cap RM1,000) | Kerajaan Malaysia |
| Duti Setem (Waran/REIT) | Cap RM200 | Kerajaan Malaysia |
| Duti Setem (ETF) | Dikecualikan hingga 31 Dis 2025 | Pengecualian sementara |
| Kadar Margin (MYR) | 6.80% p.a. | Tertakluk perubahan kadar |
Nota: Caj kerajaan (SST/duti setem) dan caj bursa adalah standard industri. Yuran pasaran US/SG/HK/CN berbeza – rujuk jadual di Help Center.
Deposit & Withdraw
Deposit (FPX Express)
- Accounts → Transfers → Deposit → FPX Express Deposit
- Pilih bank penghantar, masukkan amaun, sahkan
- Authorize dalam online banking; dana masuk segera/ beberapa minit
- Tiada caj dari Moomoo; bank mungkin ada had harian
Withdraw
- Accounts → Transfers → Withdraw
- Tambah & pilih akaun bank atas nama sendiri
- Masukkan amaun; proses 1–3 hari bekerja ke bank Malaysia
Jika dana berada dalam Cash Plus/SmartSave, sistem akan auto-redeem sebelum dipindah.
SmartSave & Cash Plus
Aktifkan SmartSave untuk auto park duit idle ke Cash Plus setiap hari bekerja (7:00 pagi). Boleh pause bila-bila, dana menambah buying power dan auto-redeem bila perlu.
Cara Dapat Sehingga RM1,800 Ganjaran
1) Daftar & Masuk Kod
Guna pautan rujukan DausDK di bawah. Dalam app, cari “Exclusive Deposit” dan masukkan kod DAUSDK37.
Guna Link Rujukan2) Deposit & Kekal 60 Hari
Capai tier deposit (contoh RM10k / RM30k / RM80k) dalam 3 hari selepas daftar. Kekal net deposit 60 hari untuk unlock kupon/ganjaran.
3) Trade Ringan
Lengkapkan tugasan (contoh 10 belian saham, langgan 1 fund Cash Plus) jika diperlukan untuk tambahan kupon.
Amaun ganjaran “hingga RM1,800” tertakluk pada kempen semasa, kuota dan terma. Sila rujuk halaman promosi dalam app untuk angka terkini dan tarikh tamat kempen.
Fitur Best untuk Pengguna Malaysia
Data Masa Nyata
Live quotes; untuk US tersedia depth data tertentu; alert harga & berita 24/7.
Screener & Heatmap
Tapisan fundamental/teknikal, heatmap pasaran, theme/concepts.
Advanced Orders
Limit, stop, stop-limit, trailing stop, good-til-cancel dan lain-lain.
Fractional Shares (US)
Mula dari amaun kecil untuk saham mahal; sesuai DCA.
Community & Pendidikan
Posting analisis, webinar, bengkel offline (ikut kalender).
Cash Plus / SmartSave
Park duit idle, jana pulangan harian; auto-redeem bila trade/withdraw.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah Moomoo Malaysia selamat?
Ia berlesen SC (eCMSL/A0397/2024). Aset pelanggan diasingkan dan sokongan pelanggan tersedia 24/5.
Ada caj deposit/withdraw?
Deposit FPX & withdraw ke bank tempatan biasanya tanpa caj dari Moomoo MY. Bank anda mungkin ada had harian.
Berapa lama buka akaun?
Kebiasaan 1–3 hari bekerja selepas dokumen disahkan.
Boleh beli crypto?
Moomoo fokus pada sekuriti (saham/ETF/REITs/opsyen). Untuk kripto, guna bursa kripto berlesen seperti Luno.